Pemilihan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 adalah tepat

Pemilihan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 adalah tepat

21/08/2021 Off By Marutin Ansiung

Robert….pelantikan Ismail tepat berdasarkan pengalamannya.

KENINGAU:Pemilihan  Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah tepat sekali  berdasarkan pengalaman yang ada padanya.  

Naib Presiden StarSabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sudah tentu rakyat Malaysia boleh menerimanya,  yang dilihat begitu cekap, sabar dan tenang yang boleh  diyakini oleh rakyat yang berbilang bangsa dan agama bagi memimpin negara  ke arah membina negara ini semula. 

“Kita berharap tidak ada lagi gangguan-gangguan dari mana-mana pihak, sekarang masa untuk bekerja untuk rakyat yang amat terbeban dan terkesan dengan pandemik Covid-19 ” katanya mengulas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pada masa sama Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menggesa pemimpin-pemimpin kerajaan dan bukan kerajaan perlu bersatu tenaga untuk mengurus rakyat yang dalam kesusahan sekarang ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor itu juga berharap agar kerajaan baharu dibawah kepimpinan Perdana Menteri  yang baharu dapat memberi tumpuan terhadap hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Rakyat Sabah amat menunggu nunggu, ianya dapat merealisasikan sebelum PRU15” katanya.

Robert turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah  kepada Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob  di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Sesungguhnya negara kita,  Malaysia yang sedang dalam  krisis kesihatan dan ekonomi ekoran serangan pandemik  Covid19 sejak tahun lepas sehingga ke hari ini, amat memerlukan pemimpin untuk mengurus rakyat dan  negara. 

Selamat menjalankan tugas buat Perdana Menteri yang baharu. Ini masanya kita bina semula Malaysia yang lebih baik. Ketepikan perselisihan, utamakan rakyat dan negara”  ujar Robert.