25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemerkasaan wanita perlu diperkemaskan: James

Datuk Flovia (kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Datuk Dr. Hajah Tarsiah


KOTA KINABALU: Pemerkasaan wanita perlu diperkemaskan kerana wanita dilihat sebagai daya penggerak kepada pembangunan modal insan termasuk aspek ekonomi negara, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib.


Menurutnya, selaras dengan dasar utama kementerian KPMKR untuk memperkasa golongan wanita di Sabah, sudah menjadi keutamaan bagi memastikan golongan wanita sentiasa sejahtera, provaktif dan berpengetahuan.


“Ini penting, agar golongan wanita sentiasa relevan dengan arus perdana serta menjadi penyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.


“Kementerian saya menetapkan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab sebagai teras utama perkhidmatan dalam memenuhi tanggungjawab pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat yang mampan,” katanya.


Beliau yang juga ADUN Sugut berkata demikian melalui teks ucapannya yang disampaikan oleh Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng sempena Seminar Aspirasi Dan Inspirasi Usahawan Wanita yang diadakan di Grand Ballroom, Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa pada hari Sabtu.


James berkata, pelaksanaan seminar ini sangat sesuai dalam memperkasakan dan memberi galakan kepada wanita-wanita muda menjadi usahawan berdaya saing serta mampu melakar kejayaan untuk diri sendiri seterusnya menaikkan imej Negeri Sabah.


“Saya difahamkan Program Creamers ini ialah program keusahawanan yang melibatkan usahawan wanita muda yang menumpu kepada pembangunan keusahawanan di era digital selaras dengan perkembangan suasana persekitaran perniagaan pada ketika ini.


“Tahniah kepada puan-puan yang telah berjaya bergraduasi dalam Program Creating Millionaires Among Young Women Entreprenuers.


“Diharapkan program ini dapat membantu anda dalam meningkatkan ilmu keusahawanan, ilmu pengurusan kewangan serta menguatkan ilmu pemasaran secara maya atau bersemuka,” katanya.


Tambah James lagi, terdapat 4 orang Usahawan Creamers yang telah mencapai jualan lebih 1 juta setahun.


“Tahniah dan syabas kepada ke empat usahawan ini. Saya berharap para peserta yang hadir boleh jadikan ini sebagai teladan dan contoh untuk bersemangat maju ke hadapan. Cabaran bukan penghalang untuk mengejar impian.


“Melalui Program Creating Millionaires Among Young Women Entreprenuers ini juga saya difahamkan selain daripada pembelajaran teori, projek ini juga menggunakan kaedah mentor-mentee atau hands-holding,” katanya.


Menurutnya, ada beberapa usahawan dari program ini telah dibawa ke luar negara seperti Indonesia dan Bangkok sebagai inspirasi kepada para usahawanita untuk mendapat idea-idea baharu serta mewujudkan hubungan dan rangkaian strategik.


Sementara itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Majlis Penasihat Wanita dan Setiausaha Kerja kerana berjaya melaksanakan Creating Millionaires Among Young Women Entreprenuers Kumpulan 1 dan 2 serta Seminar Aspirasi Dan Inspirasi itu.


“Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah selaku urus setia yang turut sama membantu menjayakan penganjuran program ini.


“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan rakan strategik kementerian kerana sentiasa menyokong usaha-usaha dalam memastikan kejayaan program-program yang dilaksanakan oleh agensi di bawah KPMKR.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN