30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemegang adat, Pengerusi JPKK Mukim Bingkor hadir program bersama PDRM

Pemimpin-pemimpin masyarakat yang memgikuti program itu bergambar kenangan dengan pegawai-pegawai polis yang memberi ceramah.

KENINGAU:Seramai 50 pemimpin masyarakat terdiri daripada pemegang adat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) menghadiri Program Ceramah Dan Dialog Jenayah dan Keselamatan Peringkat Mukim Bingkor.

Program anjuran Polis Di Raja Malaysia (PDRM ) Daerah Keningau dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor berlangsung di dewan Masyarakat Pekan Bingkor hari ini (Ahad).

Pemegang adat adalah terdiri daripada tiga orang Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan 20 orang Ketua Kampung.

Sementara 18 orang Pengerusi JPKK dan lapan orang wakil Pengerusi JPKK .

Program itu dihadiri oleh empat orang pegawai yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Rosli Bin Che Embung, Ketua Cawangan Khas 

ASP Haizal Alib, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Inspektor Azizan Januin dan Pegawai Penyiasat Janayah Komersial Inspektor Julianah.

Program tersebut diadakan secara dialog dan berinteraksi dua hala yang mana berkisar dengan masalah jenayah.

Pemaju Mukim Bingkor George Dairie yang bertanggungjawab di Mukim Bingkor dan mewakili UPPM N.40 Bingkor melahirkan rasa terima kasih kepada pihak PDRM yang turun padang memberi pengetahuan kepada masyarakat di Mukim Bingkor khususnya pemimpin pemimpin masyarakat mengenai masalah jenayah yang berlaku di daerah ini dan amnya di negeri ini.

Katanya, dengan adanya sesi dialog tersebut sudah tentu dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai masalah dan punca jenayah yang berlaku.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir dapat menggunakan garis panduan yang diberikan dalam pemantauan   di kampung masing-masing.

Pada masa George berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 40 Bingkor yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang memberi sokongan terhadap program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN