30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMBUKAAN PASAR RAYA BAHARU ONE SUPERSTORE RANAU DAPAT REAKSI POSITIF PENGUNJUNG

Gambar atas : Junaidi (penjawat awam) turut berkunjung ke pasar raya tersebut

RANAU: Pembukaan cawangan pasar raya baharu One Superstore Ranau yang terletak kira-kira 2.6 kilometer dari pekan Ranau, dekat Kg.Lasing, baru-baru ini mendapat reaksi positif daripada ramai pengunjung. Majlis pembukaan pasar raya tersebut telah diserikan dengan upacara persembahan tarian singa sebagai gimik pelancaran.

Salah seorang pengunjung, Junaidi Yunus (Penjawat Awam), 45 tahun, berkata beliau mendapati pasar raya One Superstore menyediakan pelbagai keperluan barangan yang dapat memenuhi citarasa pelanggan.

“Kewujudan pusat membeli belah seumpama ini memberikan banyak kelebihan kepada para pengunjung terutama penduduk Ranau. Mereka mempunyai banyak pilihan pusat membeli belah seperti Hap Seng, Milimewa, Micro 21, Speed Mart, Gmart, Sabindo dan One Superstore yang baru sahaja dibuka pada hari ini. Berkemungkinan apabila ada persaingan sedemikian, berlaku penurunan harga barang untuk menarik pelanggan masing-masing kerana tumpuan pembeli ialah sudah tentu barang yang lengkap dan harga yang murah di samping keselesaan dan layanan mesra para pekerja,” katanya.

“Satu kelebihan yang saya lihat di sini ialah sudut-sudut pameran barang yang berbeza dengan di tempat lain. Suasana yang luas juga memberi banyak kelebihan tempat ini. Ia sudah tentu memberi keselesaan para pembeli dan memungkinkan mudah mengawal penjarakan semasa membeli barang,” katanya.

Sylvia (kiri) dan Norbaini adalah antara pengunjung terawal

Sylvia Gusipin, 43 tahun, juga turut memuji keselesaan ruang yang ada di tempat itu.

“Tempat ini luas dan selesa. Senang mencari barang yang diperlukan. Dari jauh lagi boleh kelihatan barang yang hendak kita beli. Barang-barang di sini juga tersusun rapi dan mempunyai tanda pada harga. Untuk setakat ini saya belum dapat membezakan samada barangan di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Namun sebagai pelanggan kita memang mengharapkan harga barangannya yang mampu milik oleh semua orang,” katanya.

Pengurus One Superstore Ranau, Stephen Chong, ketika ditemui media berkata sebahagian tempat dalam premisnya masih banyak barang yang sedang dalam penyusunan. Di bahagian berbaris di kaunter juga sedang dalam proses penyiapan.

“Para pekerja saya agak sibuk. Saya berharap sedikit masa lagi mereka dapat menyiapkannya. Saya menjemput para pengunjung datang ke sini untuk membeli-belah. Berbagai jenis barang keperluan seharian telah kita sediakan dengan harga yang berpatutan. Antara yang menarik di sini ialah kita ada makanan laut (seafood) seperti Raw Sliced Sotong, Baby Octopus, Udang Lapis Tepung dan sebagainya. Terimakasih banyak kepada semua yang ada datang pada hari ini, ” katanya lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN