27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan jambatan kekal, Kerajaan Negeri zahir penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Robert (tiga dari kiri) bersama rombongan semasa mengadakan lawatan kerja di tapak pembinaan pagi tadi.

KENINGAU: Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan untuk pembinaan jambatan kekal di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, sejumlah RM6.72 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan jambatan konkrit sepanjang 30 meter dan 11 meter lebar berkenaan yang dijangka siap pada Februari tahun 2024.

“Saya selaku wakil rakyat di kawasan N.40 Bingkor dan juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas pemberian peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan jambatan ini, ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan permasalahan-permasalahan yang kita hadapi di negeri ini.

“Saya juga akan terus memantau kerja-kerja pembinaan jambatan ini agar sentiasa berjalan dengan lancar dan berkualiti seperti spesifikasi yang ditetapkan.

“Pada masa yang sama saya juga berharap agar semua pengguna laluan ini sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika melalui laluan ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Diharapkan juga kepada pengguna laluan ini agar dapat terus bersabar,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan Lawatan Kerja di Tapak Pembinaan Jambatan Kekal berkenaan, pagi tadi.

Ketika ini, pengguna laluan ini menggunakan jambatan Bailey yang merupakan laluan alternatif selepas runtuhan kali kedua yang berlaku pada bulan November tahun lalu.

Hadir sama pada lawatan ini Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Keningau, Zulkefli Salip Arjud.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN