Robert (tengah)diapit oleh Jessica dan John bergambar bersama Pegawai-Pegawai, pemimpin-pemimpin dan komuniti KRT yang hadir pada majlis itu.
KENINGAU:Pemimpin dan orang ramai di Pedalaman menyambut baik Pembentukan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu mengawal kenaikan harga barang dengan lebih berkesan disemua peringkat.
Mereka berkata bahawa masyarakat di Pedalaman tidak terkecuali terkesan dengan kenaikan harga barang yang tinggi termasuk barang bersubsidi jika tiada kawalan harga dilaksanakan oleh kerajaan.
Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Robert Tawik, pasukan ini tepat dalam mengawal harga barang dan medium untuk orang ramai menyampaikan aduan berkenaan kenaikan harga barang yang tidak munasabah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kursus Pengurusan Kewangan Dan Pemerkasaan Gerak Kerja Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Pedalaman Atas di Keningau.
Sementara itu, berkenaan majlis itu Robert menyambut baik kursus berkenaan bagi memberi pendedahan ilmu kepada pengerusi-pengerusi KRT agar dapat menguruskan KRT dibawah jagaan masing-masing dengan baik, bersistematik dan berkesan.
Hadir sama Timbalan Pengarah JPNIN Sabah Puan Jessica Basat, Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Atas John Aping dan Pegawai-Pegawai Perpaduan Daerah.