29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembentukan awan arkus di kawasan pesisir Kota Kinabalu, satu fenomena rare

OLEH: Prof. Madya Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul,

29 Ogos 2024

MUNGKIN ramai yang tidak sedar, kelmarin berlaku pembentukan awan arkus di kawasan pesisir Kota Kinabalu. Lebih tepat lagi, di ruang langit antara tanah besar urban KK dan gugusan kepulauan Gaya, Mamutik et. al.

Saya pun sebenarnya tidak perasan fenomena rare ini, sebelum terbaca perkongsian gambar oleh YB DSP Masidi Manjun dalam Thread. Menurut DSP Masidi, gambar tersebut dibidik oleh Datuk Robert Tan.

Side note: Datuk Robert, I seek your permission to reshare the photo here, purely for awareness and educational purposes. My social media content is not monetized. 🙏🏻

2
Sebenarnya ini bukan pertama kali awan arkus dari jenis “shelf cloud” ini terbentuk di sekitar Kota Kinabalu. Berdasarkan maklumat dalam korpus internet, sudah ada beberapa kejadian: misalnya, 2012, 2016 dan 2022. Mungkin ada juga peristiwa yang tidak sempat direkodkan.

By the way, there are two types or arcus clouds: shelf (rak) and roll (gulung). Di kawasan tropika macam Malaysia, awan arkus biasanya adalah jenis rak, bukan yang bergulung.

Iklim tropika lebih ideal untuk menghasilkan situasi udara kurang stabil dan ribut petir. Ini selalunya membantu pembentukan awan shelf yang panjang berpupul dan mendatar. Yang membawa penampakan visual yang sungguh dramatik.

3
Awan arkus berbentuk rak diwujudkan oleh proses perolakan yang dinamik. Yang diakibatkan oleh pertembungan udara panas dan sejuk, yang aktif berselang seli.

Bagaimana? Udara yang panas dan lembap di permukaan bumi, terolak naik ke ruang langit. Kemudian udara sejuk sedia ada, yang telah tepu di atas sana, tersesar turun ke bawah. Sempadan pertemuan udara sejuk dan panas ini yang akan menghasilkan garis-garis rak, dinamakan awan arkus jenis shelf.

Kompleks sangat mau cerna macam-macam jargon teknikal? Ok, biarlah saintis klimatologi saja yang hadam segala details itu. Untuk kefahaman awam, memadai untuk tahu bahawa awan ini dibentuk oleh pertembungan udara panas dan sejuk. Ok, cukup.

4
Sekadar info tambahan, pergeseran udara panas dan sejuk yang turun-naik itu juga akan menghasilkan cas elektrik, yang boleh mencetuskan renjatan kilat.

Sebab itu awan arkus selalu disusuli angin kencang, hujan lebat dan (kadang-kadang) petir. Tapi bukanlah sampai level taufan yang berbahaya.

Masa kejadian tahun 2022 dulu, satu Sabah panik. Media sosial havoc dengan segala macam andaian dan hipotesis. Mujur saya berjaya tenangkan keadaan dengan pencerahan sebenar, tentang fenomena awan arkus ini.

Haha, abaikan ayat terakhir di perenggan atas. Sekadar satu hiperbola, minta puji.

5
Yang bagus kali ini, kejadian awan arcus sudah satu hari berlalu. Tapi tiada sesiapa yang kepoh bikin drama tanpa skrip dan pengarah. Ya, tiada sebarang perkongsian yang mencanak separuh gila di media sosial, seperti dua tahun dulu.

Baguslah. Maksudnya umat netizen kita semakin waras, matang dan celik dalam menekuni hikmah sains, khususnya yang bersabit dengan hal-hal cuaca dan iklim.

Itulah pentingnya ilmu saintifik. Bila kita betul-betul mengarifi fenomena alam di sekeliling secara objektif; hidup kita pun akan lebih damai dan indah. Tidak lagi asyik digiling oleh beban perasaan dan gangguan emosi — hanya kerana prasangka yang bukan-bukan.

Notakaki: Dalam komen pertama, disertakan link bagi fenomena awan arkus Kota Kinabalu pada 1 Julai 2022. Juga ada link kedua, untuk melihat gambar-gambar asal yang dimuatnaik oleh YB DSP Masidi di Thread, bagi awan arkus pada hari kelmarin, 28 Ogos 2024.

RemKlimatologi

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN