29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMBEKAL BIBIT DON NURSERY SUMBANG BIBIT KEPADA KELOMPOK TANI KG. POMPODON KOTA MARUDU

Gambar : Senior (bertopi) menerima sumbangan bibit daripada Donny

KOTA BELUD : Pembekal bibit buah-buahan Don Nursery Kampung Rangalau, 6.8 Kilometer dari pekan telah menyumbangkan sebanyak 55 pokok bibit buah-buahan pelbagai jenis seperti durian cantum, longan dan mangga chokanan & harum manis kepada seramai 14 orang peserta kelompok tani di kawasan Binakal, Kampung Pompodon Kota Marudu baru-baru ini.

Ketika ditemui wakil media, pemilik Don Nursery, Donny Ien memberitahu bantuan bibit buah-buahan itu yang telah diserahkan melalui wakil kelompok Senior Soludin akan dijadikan sebagai tanaman awal para peserta kelompok bagi keluasan tanah kira-kira 30 ekar.

Para peserta kelompok yang akan menerima sumbangan itu terdiri daripada Josmin Rawai, Elday Guil, Robin Modilo, Ginol Kimpang, Saibul Undan, Hendery Timbuong, Guil Timbuong, Dailey Guil, Sinuk Undan, AD Rozess Fredoline Robin, Yuntol Undan, Robot Kindoin dan Steve Joe.

“Sebelum ini saya telah menerima surat memohon bantuan bibit buah-buahan untuk kelompok tani di kawasan Binakal Kampung Pompodon Kota Marudu dan saya amat berbesar hati untuk memberi sumbangan beberapa jenis anak pokok buah-buahan kepada penduduk kampung tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Donny mengingatkan para ahli kelompok agar dapat memasang net hitam semasa melakukan penanaman bibit. Ini penting untuk melindungi bibit yang baru ditanam daripada terkena matahari secara terus.

“Caranya, pagar pokok durian secara 4 segi melebihi 2 kaki dari ketinggian anak pokok bagi mengelak sinaran matahari yang berlebihan. Selain itu net hitam tersebut juga berfungsi untuk mengelak daripada rumput menjalar dan melilit anak pokok serta serangga seperti belalang memakan daun,” katanya.

Sementara itu wakil penerima sumbangan, Senior Soludin merakamkan ucapan terimakasih kepada Donny atas sumbangan yang diberikan.

“Saya mewakili ahli kelompok tani di kawasan Binakal, Kampung Pompodon Kota Marudu ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga atas kemurahan hati pemilik Don Nursery. Dengan adanya sumbangan bibit yang kami terima ini kami bolehlah sudah memulakan penanaman awal sebagai fasa pertama,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN