Robert menerima cenderakenangan daripada KCCC yang disampaikan oleh Chaw Ah Kau.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin dikunjungi oleh Keningau Chinese Chamber of Commerce (KCCC).
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN) Bingkor menerima kunjungan hormat KCCC yang diketuai oleh Presidennya Datuk Chaw Ah Kau.
Dalam kunjungan tersebut, Chaw Ah Kau memberi taklimat tentang program-program dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh KCCC sepanjang tahun.
Chaw Ah Kau mewakili KCCC mengucapkan terima kasih kepada Robert atas meluangkan menerima kunjungan mereka.
Sementara itu Robert yang mengalu-alukan kunjungan tersebut berkata, kunjungan seumpama ini boleh mengeratkan hubungan dua hala antara pihaknya dan KCCC.