27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembangunan infratsruktur Sabah dan Sarawak, Wiramuda Star Sabah sambut baik titah Yang di-Pertuan Agong

RANAU: Pergerakan Wiramuda Star Sabah menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru agar pembangunan infratsruktur di Sabah dan Sarawak dipercepatkan bagi menjadikan dua negeri tersebut sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke wilayah Kalimantan.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, harapan Seri Paduka Baginda dalam titahnya pada Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen Ke-14 perlu disahut semua pihak bukan sahaja dalam kerajaan semasa tetapi juga pihak pembangkang agar ia benar-benar memenuhi aspirasi semua peringkat masyarakat di kedua-dua negeri tersebut.

Katanya, terdapat tiga aspek pembangunan wajar dan amat mendesak yang perlu diutamakan untuk mempastikan kesejahteraan rakyat lebih terjamin iaitu pembangunan infrastruktur melibatkan jalan raya, bekalan air dan elektrik khasnya kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar.

‘’Tiga aspek pembangunan ini boleh dikatakan infrastruktur ‘Back To Basic’ yang agak mendesak di Sabah dan Sarawak khasnya bagi kawasan luar bandar dan separa bandar. Ia jelas perlu disegerakan pembangunannya kerana sering kali kedengaran rungutan penduduk mengenai ketiga-tiga sistem itu”. Jelasnya.

Selain itu katanya, dengan adanya usaha menyelesaikan ketiga-tiga isu asas ini, akan memudahkan kerajaan melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara holistik ekoran terdapat sistem pembangunan asas yang memberikan keselesaan kepada rakyat.

Jelasnya, penduduk luar bandar yang masih berhadapan dengan kerosakan jalan raya dan ketiadaan bekalan elektrik serta air lebih mudah untuk berkerja dan mengeluarkan hasil pertanian yang sekaligus bakal meningkatkan taraf pendapatan untuk menyara keluarga.

“Anak-anak yang bersekolah juga mudah mentelaah pelajaran selain mendapatkan bahan rujukan. Kemajuan mereka dalam pelajaran itu nanti boleh menjadi bekalan masa depan mereka merubah nasib keluarga apabila memperolehi pekerjaan kelak”. Katanya ketika ditemui pada Selasa.

Kong turut menyentuh mengenai pembangunan komunikasi dan multimedia yang menjadi keperluan utama masyarakat di negeri ini sebagai salah satu kemudahan jaringan perhubungan penting.

Tegasnya, di alaf moden ini adalah tidak wajar wujud senario dimana para pelajar luar bandar masih mencari lokasi sesuai untuk mendapatkan jaringan internet dan talian telefon mudah alih sehingga ada yang sanggup memanjat pokok bagi tujuan itu.

“Jaringan pembangunan komunikasi dan multimedia bukan sahaja penting untuk pelajar, malah semua penduduk khasnya untuk keselamatan dan kesihatan. Bayangkan jika satu-satu perkampungan agak sukar mendapat talian telefon, dan berlaku hal kecemasan seperti sakit atau ancaman keselamatan, ia amat menyukarkan”. Tegasnya lagi.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 agar kerajaan terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri, juga di Sabah dan Sarawak. Usaha berkenaan merangkumi peningkatan mobiliti rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta sistem pengangkutan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN