26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelumba Kebangsaan  menjuarai Labuan Challenge 3.0

JUARA…. Noor  Aiman  (tengah) bersama Maximillian (kiri) dan Anuar selepas menerima hadiah daripada Fadzilah (kiri sekali)

LABUAN: Pelumba Kebangsaan Nur Aiman Rosli  dari Terangganu  menjuarai kategori utama Road Bike Men Elite Labuan Challenge 3.0  anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama Kelab Berbasikal Road Cyclist.

Nur Aiman yang mencatatkan masa 2 jam 38 minit 48.1 saat dalam perlumbaan sejauh 110 kilometer itu membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, medal dan piala selain dinobat sebagai King Of Mountain.

Naib johan dimenangi oleh  Maximillian Fong Hung Chiat dari Sarawak dengan catatan masa  2 jam 40 minit 07.8 saat dan tempat ketiga dimenangi oleh Anuar Manan dari Terangganu.

Sementara itu,  pelumba negara yang melayakkan diri ke sukan Olimpik Nur Aisyah Mohamad Zubir dinobat juara bagi kategori Road Bike Women Open Labuan Challenge 3.0 menerima hadiah wang tunai  RM3,000, medal, piala serta dinobat sebagai King Of Mountain selepas mencatatkan masa terpantas 2 jam 47 minit 30.0 saat.

Naib johan  bagi kateori Road Bike Women Open dimenangi oleh  peserta  dari Sabah, Natashya Soon dengan catatan masa  2 jam 47 minit 30.7 saat dan tempat ketiga dimenangi oleh  Noor Zakira Zulrimi  juga dari  Sabah dengan kepantasan 3 jam 07 minit 13 saat.

Bagi kategori Road Bike Men Open, johan  dimenangi oleh peserta dari Brunei Darussalam Abu Bakar Pg Haji Abdul dengan catatan masa terpantas  2 jam 45 minit 41.5 saat, naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Sabah Mohd Shukur Mintarasa ( 2 jam 47 minit  10.4 saat) dan  Mohd Jaini Salleh Jain ( 2 jam 47 minit .12.3 saat).

Sebanyak 11 kategori telah dipertandingkan iaitu yang melibatkan penyertaan seramai 370  dari Sabah, Sarawak, Johor, Terangganu, Perak, Selangor dan Labuan serta Brunei Darusslam.

Selain acara Road Bike turut diadakan acara Mountain Bike dan Folding Bike sejauh 55 kilometer.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmod dan Pengarah Jabatan kerja Raya (JKR) Labuan,  Mohd Ali Hanapiah.

2. HADIAH…  Nur Aisyah (tengah) bersama Natahsya (kiri)  dan Noor Zakira  selepas menerima hadiah daripada  Mohd Ali.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN