Barisan AJK pelaksana sambutan Pesta Kaamatan Mukim Nalapak
RANAU: Pelbagai aktiviti yang disifatkan lebih bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan peserta, antara bakal yang akan menjadi penyeri suasana Program Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Nalapak pada tahun ini.
Aktiviti-aktiviti tersebut ialah acara kegemaran ramai, pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi, bola sepak futsal dan badminton. Acara lain ialah sukaneka, pertandingan masakan tradisi, peragaan pakaian dan cabutan tiket bertuah.
Menurut Pengarah Program, Nurjana Abas, penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Nalapak pada tahun ini adalah julung-julung kali diadakan. Dua acara terbuka melibatkan Mukim Nalapak ialah Unduk Ngadau dan Sugandoi. Program ini adalah kelolaan sepenuhnya oleh Kampung Kebuh di bawah Badan JPKK dan Ketua Kampung yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan perpaduan kaum.
Antara aktiviti yang dijangka akan dijalankan lebih awal ialah pertandingan bola sepak futsal, badminton, dan sugandoi. Manakala pertandingan Unduk Ngadau dan aktiviti lain ialah pada hari kemuncak.
Katanya, Pengerusi JPKK di 10 buah kampung hendaklah mengadakan sendiri pemilihan peserta final di kawasan masing-masing bagi aktiviti Sugandoi dan Unduk Ngadau.
Pertandingan akhir Sugandoi akan dilangsungkan pada 10 Jun, jam 6.30 pm dan dijangka akan dirasmikan oleh PPM N38 Paginatan, Hisyamuddin Harun. Para finalist Unduk Ngadau juga dikehendaki hadir pada tarikh yang sama iaitu pada jam 2.00 pm untuk taklimat dan rehasel.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai aktiviti terbuka mukim boleh menghubungi AJK pertandingan Sugandoi ( Jeffrey – 012 842 7664 ), dan Unduk Ngadau ( Elziziani – 01114178781 ).
Pengarah program menyeru semua penduduk kampung Kebuh Baru agar dapat datang secara beramai-ramai melibatkan diri dalam setiap aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana aktiviti.