27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelari pecut Itali lakar sejarah tersendiri di Olimpik Tokyo

Pelari pecut daripada Itali, Jacobs berjaya merangkul pingat emas acara 100 meter(m) di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan merakam catatan masa selama 9.8 saat.

Lamont Marcell Jacobs menamatkan larian dengan mencatat masa 9.80 saat meraih pingat emas sementara atlet dari Amerika Syarikat, Fred Kerly meraih perak (9.84) dan gangsa milik Andre De Grasse dari Kanada (9.89).

Walaupun pelari pecut dari Itali ini tidak dapat menggantikan tempat ‘raja pecut’ Usain Bolt dalam acara 100 meter ini tetapi atlet yang berusia 26 tahun ini telah berjaya melakar sejarah tersendiri di Stadium Olimpik di Tokyo kali ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN