ADVERTISEMENTspot_img

25 Wanita Wilayah 7 Sah Terima Pensijilan Pelayanan, Sempena 31 Tahun Pelayanan Wanita Peringkat Mission

Oleh: Paul Ukau

TAMPARULI: Seramai 25 orang wanita dari Wilayah 7 berjaya menamatkan pengajian dan menerima pensijilan Pelayanan Wanita Tahap 1 dalam satu Majlis Konvokesyen yang berlangsung pada di Dewan Sabah Adventist Secondary School (SASS), Tamparuli -baru ini.

Majlis tersebut turut merangkumi Konvokesyen Pelayanan Kanak-Kanak dan Pelayanan Wanita, yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-31 Pelayanan Wanita (PW) Peringkat Mission.

Wilayah 7 merangkumi daerah-daerah pelayanan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh (SDA) daerah Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Sinulihan/Mansiat dan Nabawan/Pensiangan – kawasan pedalaman yang menjadi nadi pelayanan komuniti.

Penganugerahan pensijilan ini mengiktiraf komitmen dan kesetiaan para peserta yang telah melengkapkan latihan pelayanan secara berterusan, sebagai persiapan untuk terus melayani keluarga, gereja dan masyarakat di daerah masing-masing.

Sambutan ulang tahun ke-31 itu menjadi simbol kematangan pelayanan wanita dalam misi, yang selama lebih tiga dekad terus menjadi tunjang kasih, kekuatan doa dan pelayanan yang tidak putus-putus di peringkat akar umbi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN