30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelancong asing puji keindahan alam semula jadi di Ranau.

RANAU: Serombongan  empat orang warga Italy melawat ke  Kundasang dan Ranau, memuji keindahan  alam semula jadi  di beberapa lokasi menarik di dua kawasan yang sempat mereka kunjungi.

Antara lokasi yang sempat mereka lawati sepanjang 4 hati ialah, Taman Warisan Dunia Kinabalu, Dairy Farm Masilou,  Tugu Peringatan Perang dekat pekan Kundasang, Taman Air Panas Poring, Sabah Teh, Kinomulok Garden,   Tagal Ikan Luanti, Bombon Ikan Marakau, Ranau Rabit Farm (RRF), Mount Kinabalu Sky Bike Kigiok Ranau, Taman Ternakan Payau dan Taman Madu Kelulut Kinapulidan.

Ketua rombongan dari Italy, Gianfrnco Serra ketika ditemui, berasa gembira berpeluang melawat ke Ranau dan Kundasang yang berhawa dingin terutama di Kundasang yang menyaksikan panorama indah alam semulajadi yang belum terusik.

“Kawasan Kundasang dan Ranau ini memang menarik cuma laluan jalan dari Tamparuli ke Kundasang dan Ranau agak mencabar selekoh, berlobang-lobang dan curam perlu pembaikan oleh pihak kerajaan”, jelas Gianfranco.

Kunjungan penulis ke RRF kelmarin, menyaksikan ramai pelancong luar negeri   melawat Ranau dan Kundasang mengikuti rombongan keluarga, Persatuan, Kelab dan  Staf kakitangan awam.

Satu yang menarik pen gunjug ke RRF ialah, pelawat boleh menikmati minuman  air kelapa muda (kelapa mawar) yang air dan isinya manis di jual dengan harganya yang berpatutan.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN