30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajar SMK Pantai johan Pertandingan  ‘U Got Talent’ Karnival Jom Masuk U Zon Sabah

HADIAH….Nur Allya bersama hadiah  yang dimenangi

LABUAN: Pelajar SMK Pantai Labuan, Nur Allya Mardiana Jairin telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan U Got Talent Karnival Jom masuk U Zon Sabah yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, baru baru ini.

Nur Allya yang membawakan lagu  bertajuk ‘Semalam yang dipopularkan Aina Abdul berjaya mengenepikan 14 peserta  solo dan berkumpulan yang melibatkan penyertaan daripada seluruh sekolah menengah di Sabah.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Sebelum ini Nur Allya telah terpilih sebagai penyanyi utama dalam Konsert DiRaja Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 24 Februari 2023 di Istana Budaya.

Kejayaan Nur Allya dalam bidang nyanyian ini telah mengharumkan nama WP Labuan dan nama SMK Pantai di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah sangat menggalakkan dan memberi sokongan kepada penglibatan Nur Allya sehingga peringkat tertinggi.

Sementara itu antara sekolah menengah yang menghantar peserta dalam pertandingan itu ialah  SMK Narinang Kota Belud, SMK Entabuan Tenom, SMK Tandek 2 Kota Marudu, SMK Lohan Ranau, SMK Bahang Penampang, SMK Mat Salleh Ranau, SMK St Joseph Papar, SMK Bandaraya, SMK Inanam, SMK Kolombong, SMK Kota Marudu II, SMK Pekan Kota Belud dan SMJK Chung Hwa Tenom.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN