30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajar SMK Limbanak jayakan aktiviti gotong royong bersihkan kawasan Pekan Ranau

Rombongan pelajar dan guru-guru SMK Limbanak Penampang merakam gambar bersama Tan Eng Seng (bertopi) dan pegawai AADK Ranau (belakang).

RANAU:  Seramai 19 orang pelajar diiringi dua orang guru SMK.Limbanak Penampang, mengadakan aktiviti Gotong Royong membersih kawasan pekan Ranau pada pagi Jumaat.

Guru Penolong Kanan Sidang Petang yang juga mengetuai rombongan program itu, Cikgu  Ferdinand Aloysius ketika detemui, memberitahu, aktiviti itu merupakan  antara pe gisian program mereka ke daerah Ranau  selaras dengan Pertukaran Pelajar (Silang Budaya) Kesenian dan Kebudayaan  SMK.Limbanak Penampang dengan mengadakan acara  iaitu, ‘Konsert’ bersama pelajar SMK.Mat Salleh sempena lawatan  mereka selama 3 hari 2 malam ke daerah Ranau.

“Program ini juga merupakan Khidmat Masyarakat Bersama Menjaga  Kebersihan sekaligus aktiviti bagi memberi pengetahuan dan pengalaman  baharu kepada pelajar menerusi program kemasyarakatan setempat”, jelas  Ferdenand.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar (JKDB) pekan Ranau, Tan Eng Sing ketika berucap ringkas merakam syabas, tahniah dan memuji pelajar bersama guru SMK Limbanak Penampang kerana memilih daerah Ranau antara lokasi menjayakan  program itu.

“Saya bagi pihak Majlis Daerah Ranau (MDR) mengalu-alukan program seperti ini bagi membantu MDR dan JKDB menceria, mencantik dan membersihkan pekan Ranau sesuai dengan  usaha mewujudkan pekan ini antara pekan terbersih dan terindah di Sabah.

“Kami amat mengalu-alukan usaha mengadakan aktiviti seperti ini yang patut dicontohi oleh sekolah dan agensi yang lain”, tambah Tan Eng Sing.

Hadir sama pada program itu ialah, Ketua Unit Pencegahan AADK daerah Ranau, Harris Bin Mohd.Zekaria dengan timbalannya, Agustus, Biro Prasarana dan Inovasi JKDB pekan Ranau, Christana@ Nordiana  Ansow dan Inspektor Kesihatan MDR, Juelber.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar-ramai dan penyampaian  Cenderakenangan daripada SMK.Limbanak kepada pihak JKDB dan AADK Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN