31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajar Sekolah Labuan teruja kembali belajar di sekolah selepas menerima vaksin

TERUJA…. Muhammad Zhafly bersama ibunya Noorlihan teruja selepas menerima vaksin.

LABUAN:  Rata-rata pelajar sekolah di pulau ini melahirkan rasa teruja dapat memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka  selepas menerima vaksin COVID 19.

Beberapa pelajar yang ditemui ketika menerima vaksin yang dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khusus untuk pelajar di Sekolah Kebangsaan  Sungai Lada  pada hari kelmarin (Ahad) bukan sahaja teruja menerima suntikan vakisn tetapi lebih mengembirakan lagi apabila dapat kembali  belajar di sekolah secara bersemuka yang bermula pada hari ini (Isnin).

Bagi seorang pelajar, Muhammad Zhafily Izzfan Rafizal, 12,  menzahirkan perasahan tidak sabar  untuk bertemu dengan rakan-rakan dan guru di sekolah.

“Saya amat rasa gembira sebab sudah lama tidak berjumpa rakan-rakan dan guru-guru, saya merindui suasana belajar dalam kelas” katanya ketika di temui di PPV SK Sungai Lada.

TINJAU… Yusup ketika meninjau Pusat Pemberian Vakisn SK Sungai Lada.

Ketika ditanya selepas menerima vaksin, beliau  sedikit gementar kerana pertama kali berdepan dengan suasana pemberian vaksin, namun semuanya  kembali normal selepas melihat rakan-rakan lain mengambil vaksin tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang ditemui, Alya Irdina Roslan, 12,  berkongsi kegembiraan  dapat melengkapkan  pengambilan vaksin COVID 19.

“Perasaan saya amat gembira kerana sudah terima vaksin COVID 19 dengan lengkap dan  ini membolehkna saya  dapat bergaul dengan kawan kawan dengan lebih selesa dan dapat ke sekolah dengan penuh yakin” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, seorang ibu Jamilah Abdul Majid, 41,  turut menzahirkan kesyukuran  kerana anak pertamanya telah menerima vaksin COVID 19.

“Saya rasa bersyukur kerana anak saya sudah menerima vaksin dan rasa ketakutan dan kerisauan berkurangan serta bertukar rasa lega kerana anak kami boleh  sudah  belajar disekolah secara bersemuka” katanya.

Turut membuat tinjuan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di SK Sungai Lada itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Haji  Mohamad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN