ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Daerah perlu perkasa khidmat akar umbi, elak birokrasi

Rasmi …. Masiung (lima dari kiri) memotong sebagai simbolik perasmian APC.

Oleh: Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU: Urusetia Pejabat Daerah merupakan agensi paling hampir dengan masyarakat akar umbi menuntut pegawai dan pasukan teknikalnya berkhidmat dengan sistematik tanpa wujud birokrasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, menyifatkan Pejabat Daerah adalah agensi paling kritikal dalam memastikan projek pembangunan luar bandar dapat diselaraskan dengan cekap dan berintegriti.

Beliau berucap merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Daerah Tongod disalah sebuah hotel terkemuka di ibu negwei, semalam.

Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee dan dua pembantunya, Ronley Saringan (Pentadburan) dan Christina Gimbad (Pembangunan) turut hadir di majlis tahunan itu.

Beliau mengingatkan agensi itu yang diketuai Pegawai Daerah secara langsung menentukan aspek projek luar bandar dilaksanakan dengan teratur sebelum sampai kepada rakyat.

Tegasnya, sebagai agensi yang paling hampir dengan masyarakat akar umbi, kecekapan pegawai dan anggota di Pejabat Daerah terutama melibatkan projek luar bandar wajar diberi tumpuan khusus tanpa wujud birokrasi.

Menurut Masiung, Pegawai Daerah dan pasukan teknikal perlu kerap turun ke lapangan bagi melihat sendiri status kemajuan fizikal projek.

” Kelewatan projek luar bandar selalunya dikaitkan dengan peranan agensi tempatan seperti Pejabat Daerah. Ia selalu berakar umbi daripada isu kelamahan tadbir urus, birokrasi dan kelewatan proses urusan tanah.

” Walaupun terdapat isu kritikal di pihak kontraktor, namun kecekapan Pejabat Daerah sebagai wakil pentadbir memainkan peranan dalam kelancaran projek, ” katanya.

Pengerusi Kumpulan SEDCO itu mahukan pegawai teknikal mengurangkan karenah birokrasi sebaliknya fokus kepada tempoh fizikal sesuatu projek.

Enam pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Tongod telah di pilih menerima anugerah cemerlang.

Zainal Abdul Hamid dianugerahkan sebagai penerima APC, sementara Ketua Kerani, Robin Lampakas yang akan bersara hujung tahun ini dianugerahkan penerima Jubli Mutiara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN