Syahrin (duduk tengah) bersama Dr.Fionna (kanan) dan sebahagian Staff Pejabat Daerah Ranau serta pegawai petugas PPV.
RANAU: Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir antara 96 penerima awal suntikan dos Penggalak (Booster) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat di sini baru-baru ini.
Turut menerima suntikan yang sama ialah para petugas Barisan Hadapan termasuklah Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba Dan Penyelamat daerah Ranau, Anggota Rela, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Petugas Kesihatan, Sukarelawan Covid serta Sataf dari berapa buah Klinik Swasta sekitar pekan Ranau.
Mereka yang menerima suntikan dos Penggalak itu adalah yang sudah genap sekurang-murangnya enam bulan dari tarikh suntikan dos kedua mencegah jangkitan Covid-19.
Salah seorang penerima suntikan dos Penggalak yang sempat ditemu-bual, Airine Abidin yang bertugas disalah sebuah klinik swasta di pekan Ranau memberitahu, pada awalnya dia berasa takut menerima vaksin sejak mulanya arahan pihak berkuasa kepada semua lapisan masyarakat supaya menerima imunisasi vaksin untuk mengekang jangkitan Covid-19.
“Namun selepas melihat semua barisan hadapan termasuk para pemimpin negara sudah menerima hingga suntikan kedua dan suntikan dos Penggalak, maka saya mula berkeyakinan terhadap keberkesanan, keperluan dan kepentingan untuk divaksin bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang berbahaya itu kepada manusia”, kata Airine anak ketiga daripada lima beradik kelahiran daerah Telupid.
Airine menarik nafas lega kerana sudah melengkapkan suntikan Penggalak lebih awal bersama rakan-rakannya yang lain selepas genap enam bulan mereka menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer.
Menurut Airine, semua orang yang genap enam bulan menerima vaksin dos kedua terutama warga emas dan mereka yang berisiko tinggi adalah perlu untuk menerima suntikan dos Penggalak bagi membolehkan imun dalam tubuh badan mereka yang dikatakan menurun selepas enam bulan suntikan kedua mampu kukuh semula serta berupaya menjadi benteng diri daripada jangkitan penularan Covid-19.
“Bagaimanapun, difahamkan untuk menerima vaksin dos Penggalak itu, bukanlah suatu paksaan namun banyak kebaikannya daripada tidak menerimanya langsung”, tambah Airine.
Menurutnya lagi meskipun sudah lengkap dos Penggalak, mereka tetap mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai perisai diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19.
“Kita Jaga Kita,
Keluarga, Komuniti atau Lindung Diri Lindung Semua”, tegas Airine.
            Â