JUARA…Pasukan PDRM menerima hadiah daripada Haji Rithuan (tengah)
LABUAN: Pasukan PDRM Kuala Lumpur muncul juara Kejohanan Boling Padang Merdeka Opens Fours 2023 selepas menewaskan pasukan JE Niaga dari Labuan dalam perlawanan akhir pertandingan tersebut yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Labuan, pada Ahad.
Pasukan PDRM yang dibarisi Muhammad Syamil Syazwan Ramli, Muhammad Naufal Azmi, Mohd Shahril Afizi Ahmad dan Jelani Jamil membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.00, sebuah piala dan medal.
Sementara naib juara JE Niaga yang diwakili Zulpikar Manshor, Muhamad Huzaimi Junaidi, Mohamad Fairuz Abd, Jabal dan Mohamad Fadley Abd. Jabal menerima hadiah wang tunai RM6,000.00 dan medal.
Manakala tempat ketiga bersama disandang oleh pasukan WIPERS C dari Labuan (Nurul Husna Suraiya Yunus, Nur Eirien Tiara Jumadil, Aqilah Syazwani Rosland) dan JBC B dari Sabah (Herman Abd. Rahman, Muhamad Hasyir Halim, Nurdin Sabli, Zulkernaen Awang Besar) untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000.00 dan medal.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.
Kejohanan yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan anjuran Persatuan Lawn Bowl Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan dan Perbadanan Labuan itu telah disertai sebanyak 40 pasukan yang melibatkan penyertaan dari Sabah dan Sarawak, Semenanjung Malaysia.



