Oleh: Wartawan BDB
TERKINI: Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akan disambung lagi sehingga cuti Pertengahan Penggal iaitu sehingga 16 Julai bagi kumpulan A dan 17 Julai bagi kumpulan A.
Berita tersebut diumum Dr. Mohd Radzi Md Jidin, sebentar tadi semasa sidang media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
TV Pendidikan juga akan diteruskan sepanjang PDPR yang mana dapat membantu murid-murid dan ibu bapa di rumah.
Beliau juga turut menjelaskan berkenaan vaksinasi di kalangan guru, dimana 70 ribu orang guru sekurang-kurangnya telah menerima 1 dos.