Penjarakan Sosial..kanak-kanak Tadika Ceria Idaman Cahayaku Kg.Paka Dua Ranau.
RANAU: Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Tadika Ceria Idaman Cahayaku Kg.Paka Dua terletak kira-kira 1 kilometer dari pekan di sini kini, berjalan lancar sejak 1 Julai lepas, dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Pengurus (Pengetuanya), Ustazah Hajah Asiah Binti Majinin 51, ketika ditemui memberitahu, antara SOP yang diperketatkan termasuklah penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara individu pelajar, memakai Pelitup muka (Facemask dan face Shield), pemeriksaan suhu badan dan membasuh tangan dengan sabun (Sanitizer) sebagai langkah menghindar serta memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang kini melanda seluruh dunia.
Antara guru-guru Tadika Ceria Idaman
Cahayaku.
Menurut Hajah Asiah, kekangan mereka sekarang ialah ruang Kelas tidak dapat menampung 32 orang kanak-kanak yang mendaftar apabila penjarakan sosial dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
“Kami dapat menempatkan hanya 18 orang sahaja, tidak ada ruang kanak-kanak yang lain.
Hajah Asiah..Pengetua Tadika Ceria Idaman Cahayaku Kg.Paka Dua Ranau.
“Kami merayu dan memohon kepada mana-mana ibubapa atau NGO yang Prihatin agar menghulurkan bantuan dan sokongan kepada kami bagi menangani masalah ini, kerana kami tidak mampu membayar sewa bangunan untuk menempatkan kanak-kanak yang belum ada bilik darjah”, jelas Hajah Asiah. –http://Borneo Daily Bulletin