GAMBAR:SERAH….Tunku Puteri Shafinaz bersalaman dengan para penerima bantuan bakul makan
LABUAN: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kebangsaan menyumbang sebanyak 200 bakul makanan kepada golongan B40 termasuk golongan ibu tunggal dan asnaf di pulau ini.
Sumbangan yang diadakan di bilik dewan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan itu disempurnakan oleh Pengerusi PBSM Kebangsaan ,Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tengku Temenggong Kedah.
Pada majlis itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut menyerahkan sumbangan 15 buah basikal untuk keperluan PBSM Labuan dalam memberikan khidmat bantuan kecemasan kepada masyarakat Labuan.
Beliau berkata, sumbangan bakul makanan tersebut adalah salah satu bantuan PBSM yang dijalankan secara berterusan bagi membantu golongan B40 yang memerlukan bantuan seperti mereka yang dilanda bencana bajir, angin ribut dan tanah runtuh yang berlaku di seluruh negara..
“Sumbangan ini juga adalah sebagai usaha PBSM membantu masyarakat yang masih menghadapi tekanan hidup susulan daripada pendamik COVID 19 dan kita akan terus menghulurkan bantuan sekiranya ada sokongan daripada syarikat yang boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada PBSM.
Sempena lawatan kerja dua hari Tunku Puteri Shafinaz ke Labuan, beliau turut mengadakan lawatan ke Hospital Labuan dan Perbadanan Labuan.
Hadir sama pada majlis penyerahan bantuan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Osman Che Jusoh, Setiausaha Agung PBSM Kebangsaan, Hakim Hamzah, Ahli Lembaga Ibu Pejabat PBSM, Datuk Wan Nor Raihan Datuk Wan Ab Rahman dan Pengerusi PBSM Labuan, Datin Christine Mugge.