26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PBS sumbang bantuan makanan, air kepada 421 KIR mangsa banjir di DUN Melalap

Radin (dua, kanan) dan Joniston (empat, kanan) ketika berada di PPS.

0leh: CELESTINA U BUANDI

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) telah menyumbangkan bantuan berupa 600 katon air dan 400 kampit beras kepada mangsa-mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.

Sumbangan tersebut, yang disalurkan melalui Tabung Biro Kebajikan PBS Pusat, disampaikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, yang mewakili President Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili.

“Saya mewakili penduduk DUN Melalap merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden PBS bersama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di atas sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir di sini”, kata Radin Malleh yang juga Ketua Bahagian PBS DUN Melalap.

Seramai 421 Ketua Isi Rumah (KIR) telah terkesan dengan banjir yang melanda di sebelas kampung dalam DUN berkenaan.

Sehubungan itu, sebanyak 12 Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka yang melibatkan rumah kebudayaan, dewan terbuka, dan juga sekolah bagi menempatkan mangsa banjir.

Radin juga berkata pihaknya akan memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi bagi KIR yang berada di PPS berkenaan.

Dennis Tumanti, yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan PBS Pusat, mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang sangat jitu, termasuklah kepada Timbalan-Timbalan Presiden yang mewakili Presiden parti dan Setiausaha Agung yang senantiasa bersama untuk memastikan misi sumbangan tersebut berjalan lancar.

Turut serta dalam misi menyampaikan bantuan tersebut ialah Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bongkuai; Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Stanis Buandi; Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian PBS Melalap juga Pergerakan Pemuda dan Wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN