Ronnie menyerah borang keahlian PBS kepada Martin (keempat dari kiri) disaksikan oleh Fredian dan Ketua Pemuda PBS Melalap.
TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) N.42 Melalap terus memperkukuh kedudukan dengan menerima 50 ahli baharu dari Kampung Batu Apar sekali gus penubuhan cawangan PBS penaja Kampung Batu Apar Bukit.
Majlis penyerahan keahlian ahli baharu itu berlangsung di rumah kediaman keluarga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS Pusat Datuk Fredian Gan.
Borang keahlian baharu itu diserahkan oleh Ketua Cawangan Penaja Ronnie Tanggun kepada Ketua Bahagian PBS Melalap Martin Johanis.
Ketua Bahagian PBS Melalap Martin Johanis berkata, PBS Bahagian Melalap mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baharu ini dan berharap mereka terus komited dalam perjuangan membangunkan kawasan Melalap.
Sementara itu Fredian merakamkan penghargaan atas sokongan padu rakyat dan menegaskan bahawa PBS akan terus memperkukuh pembangunan serta kesejahteraan masyarakat setempat.
Ketua Pemuda PBS Melalap merangkap Naib Ketua Exco Pemuda PBS Pusat, Stanly Leo, turut menyatakan keyakinannya bahawa kemasukan ahli baharu ini akan menyuntik semangat baharu dalam usaha memajukan kawasan Melalap di bawah pentadbiran PBS.
Turut hadir Datin Susanah Wong dan ahli-ahli baharu dari Cawangan Kampung Batu Apar Bukit.