32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PBS Karanaan tampil bantu dan sokong calon GRS Ranau


RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karanaan memberi komitmen dan soladariti bagi memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ketua Bahagian PBS N37 Karanaan, Datuk Bernard J Dalinting berkata, dengan kekuatan sokongan seramai 3,000 ahli, beliau dan jenteranya akan cuba yang terbaik bagi memastikan kemenangan calon GRS di sini.
Beliau yang juga mantan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, PBS N37 Karanaan sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.
“Kita juga sebulat suara memberikan sokongan penuh kepada mana-mana bakal calon dari gabungan GRS yang akan dinamakan untuk bertanding di kawasan ini, tidak kira sesiapa sahaja yang dicalonkan.
“PBS Karanaan juga bersiap sedia untuk memberikan Bantuan dari segi tenaga dan sebagainya semasa kempen yang akan dijalankan nanti.
“Oleh yang demikian, kita mau menjelaskan bahawa tiada lagi syakwa sangka yang wujud di kalangan anggota komponen GRS, kerana PBS Karanaan akan beri kerjasama kepada calon kita nanti,” jelas beliau.
Bernard menambah bahawa sememangnya PBS Karanaan sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan PRU akan berlaku sejak awal lagi berita tentang PRU akan diadakan.
“Sebab itulah kita telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pusa Daerah Mengundi (PDM) Tambiau yang mana, PBS akan menerajui kawasan ini melalui PDM berkenaan.
“Jadi semua persediaan telah kita rancang dan apabila sampai masanya, kita akan turun padang dan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) akan bantu kita untuk seterusnya memberi kemenangan kepada calon GRS,” kata beliau.
Bernard menambah bahawa ketika ini, PBS di sini mempunyai lebih kurang 3,000 ahlia dan beliau menyeru kepada semua Ketua-Ketua Cawangan di kawasan N37 Karanaan ini supaya menyeru kepada semua ahli untuk turun mengundi pada 19 November depan.
“Ini termasuklah juga para pengundi baru yang ramai telah didaftarkan secara automatik. Kia berharap, dengan adanya kehadiran pengundi-pengundi baru, terutamanya yang muda-mudi, maka ia akan memberi satu peluang besar untuk calon GRS Ranau mendapat kemenangan yang besar,” kata beliau.
TAMAT
PIX: Bernard (tengah) bersama jentera PBS Karanaan yang bersiap sedia memenangkan calon GRS di Ranau

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN