RANAU: Lebih 3,000 (tiga ribu) ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan akan memberi sokongan dan mengundi kepada sesiapa sahaja Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen P. 179 Ranau pada PRU-15 tidak lama lagi.
Ketua Bahagian PBS DUN Paginatan, Arthur Sen berkata, para ahli PBS termasuk para pengundi muda (18 tahun) akan memilih bagi menentukan kemenangan Calon GRS bahagian P.179 Ranau.
“Saya sudah mengarahkan semua Ketua Daerah Mengundi (PDM) DUN Paginatan supaya mempastikan semua pengundi di kawasan masing-masing agar keluar beramai-ramai untuk menunaikan tangungjawab mereka dengan memilih calon GRS Parlimen Ranau”,jelas Arthur ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat pembentukan Ketua-Ketua PDM DUN Paginatan di Bilik Mesyuarat pejabat PBS di pekan Kiaburi Plaza Ranau pada Sabtu.
Beliau memaklumkan, para petugasnya masih meneruskan pendaftaran kepada mereka yang genap 18 tahun membolehkan hak mereka untuk mengundi PRU15.
Sempena mesyuarat itu, telah melantik Faustine Thomas sebagai Ketua PDM Bongkud yang baharu.
TAMAT
1.Antara Ketua PDM DUN N.38 Paginatan merakam gambar bersama Arthur (duduk tengah).



