30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PBS Bahagian Karanaan sebulat suara sokong Maximus terus terajui parti

RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karanaan sebulat suara memutuskan untuk menyokong Presiden parti semasa, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili untuk terus menerajui parti.

Pengerusi PBS Karanaan, Datuk Bernard J Dalinting berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa bahagian yang diadakan di sini pada Sabtu.

“Sebelum ini kami AJK PBS Karanaan telah mengadakan mesyuarat AJK PBS kali pertama bagi tahun 2023 di Dewan Komuniti Mini Kg Tambiau. Kami sebulat suara dalam menyokong penuh Dr Max untuk terus menerajui PBS.

“Selain itu, kami juga menyokong penuh Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah dan juga menyokong penuh Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kewangan merangkap Adun N37 Karanaan.

“Dalam pertemuan itu, kami turut membincangkan perkembangan lain serta persiapan mesyuarat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya kepada media.

Bernard menambah, pada 1994, apabila PBS ditinggalkan oleh kebanyakan pemimpin kanannya, Ongkililah yang menjadi suara utama untuk menghidupkan semula parti itu daripada peringkat cawangan sehingga majlis tertinggi yang diketuai oleh presiden Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Tidak lama kemudian PBS ‘sembuh daripada trauma sebegitu’. Kita mesti berterima kasih atas dedikasi, perkhidmatan dan perjuangan Dr Max untuk PBS,” katanya.

Tambahnya, PBS mempunyai rekod prestasi yang baik dalam politik Sabah dan merupakan parti yang sesuai dan relevan untuk negeri itu kerana konsepnya yang berbilang kaum dan agama.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN