30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PBRS mempelawa pemimpin-pemimpin PCS menyertai PBRS -Kurup

Tan Sri Joseph Kurup…PBRS satu-sataunya parti tempatan dalam komponen BN.

KOTA KINABALU:Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)mempelawa pemimpin-pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS)menyertai PBRS.

Pelawaan itu dibuat oleh Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup  berikutan berita dan pengumuman keluar parti oleh beberapa tokoh pemimpin politik yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan ahli-ahli PCS baru-baru ini.

“Saya selaku Presiden PBRS ingin mempelawa kesemua mereka untuk menyertai PBRS untuk bersama dalam usaha menyatupadukan dan memajukan rakyat khususnya semua lapisan generasi kaum Kadazan, Dusun dan Murut” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Kurup berkata, PBRS merupakan satu-satunya Parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional (BN) hari ini.

“Kita yakin dan percaya bahawa dalam BN kita akan terus maju kehadapan ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan Negara” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN