ADVERTISEMENTspot_img

Patuhi PKP, Amalkan Penjarakan Sosial-Vaksin Mujarab Putuskan Rantaian Covid-19.

GAMBAR: Pegawai daerah (Tengah) mengagihkan Face Mask kepada masyarakat yang sedang beratur berurusan di BSN

TENOM : Pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mengamalkan penjarakan sosial merupakan vaksin yang mujarab memutuskan rantaian penularan virus Covid-19.

Pegawai daerah Tenom merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Tuan Sungkim Rumangun berkata, selain pematuhan terhadap PKP, masyarakat juga perlu mengambil perhatian terhadap penjagaan kebersihan diri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kendiri selepas berurusan atau membeli barang keperluan di kedai mahupun pasar. 

Pegawai Daerah (ketiga dari kanan) menyampaikan Fask Mask kepada wakil Pejabat Pembangunan Masyarakat N.36 Kemabong.

Tambah beliau, apabila balik rumah selepas dari membeli barang keperluan di kedai atau pasar pastikan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum bertemu ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan penularan virus.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat di daerah ini agar terus memberikan kerjasama untuk memutuskan rantian Covid-19 dengan mematuhi segala arahan pihak kerajaan dari masa ke semasa seterusnya mengekalkan daerah Tenom sebagai Zon hijau Covid-19.

Katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab kita semua, membantu pihak kerajaan menengani penularan Covid-19 dengan mematuhi PKP serta membantu menyebarkan maklumat yang sahih berhubung Covid-19 sehingga ke peringkat akar umbi. 

Aktiviti pengagihan Face Mask kepada masyarakat di daerah Tenom meliputi kawasan N.35 Melalap dan N.36 Kemabong.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program hebahan kempen pencegahan penularan virus Covid-19 dan pengagihan Face Mask kepada masyarakat di sini pada Sabtu.

Dalam program ini Pegawai Daerah turut menyampaikan Fask Mask kepada Pejabat Pembangunan Masyarakat Kawasan N.35 Melalap dan N.36 Kemabong untuk diseleraskan pengagihkan kepada masyakat di kedua-dua kawasan terbabit.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan/Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Mas Syazwan Bin Hj. Masood, Penolong Pegawai daerah Pentadbiran, Martinus Lunggeh serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Tenom. //Penerangan

Pegawai daerah (Tengah) mengagihkan Face Mask kepada masyarakat yang sedang beratur berurusan di BSN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN