27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Yauyau juara  Lawn Bowls  Open Triple Labuan 2023

JOHAN… Pasukan Yauyau menerima hadiah daripada Suhaili Abdul Rahman.

LABUAN: Pasukan YauYau  dari Wilayah Persekutuan Labuan muncul juara pertandingan Lawn Bowls Open Triple Labuan kategori Cup  sempena Labuan Ambang 2023 yang berlangsung di  Arena Lawn Bowls Antarabangsa Labuan, pada Ahad.

Pasukan Yauyau yang diwakili, Nurul Husna Suraiya Yunus, Aqilah Syazwani Rosland dan  Nur Aimileeya Ismail  menewaskan  pasukan 2FR di peringkat akhir  untuk menerima hadiah wang tunai RM6,000.

Pasukan 2FR  juga dari Wilayah Persekutuan Labuan yang diwakili  pasangan adik beradik  Nur Farah Faizah Roziman, Nur Fahana Roziman dan Mohammad Raihan Roziman menerima hadiah wang tunai RM4,000.

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan  No Name (Muhammad Amirul Naim Fazly, Faris Syuhairil Ahmad Syukri dan Abdul Hannan Hassan) dan pasukan  Draggon Bowls (Nur Zur’Arissya Nabihan Md. Zaidi, Nur Erien Tiara Jumadil dan Nur Khairunisa) masing masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

NAIB JOHAN… pasukan 2FR menerima hadiah daripada Suhaili.

Bagi kategori Plate, johan dimenangi oleh  pasukan DBKL untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, naib johan disandang oleh pasukanBS Solid A menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga bersama dimenangi DFD Bowls dan WBC A masing masing menerima wang tunai RM600.

Sementara itu bagi kategori Spoon johan disandang oleh pasukan Sri Brunei untuk menerima hadiah wang tunai RM500, naib johan dimenangi oleh BS Solid B menerima RM400 dan tempat ketiga  bersama dimenangi oleh BS Maju Jaya dan  Kinabalu Bowls masing masing  membawa pulang RM200.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Lawn Bowls Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PDRM berlangsung selama tiga hari (28-31 Dis 2022)  itu telah disertai oleh 39 pasukan dari Sabah, Brunei dan Labuan.

Sementara itu majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN