ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan TMS 1 dan Sabah B juara Kejohanan Boules Terbuka Labuan 2026

Dzulkarnaine mmenyampaikan hadiah kepada juara kategori Beregu Lelaki.

LABUAN: Pasukan TMS dan Pasukan Sabah B muncul juara Beregu Lelaki dan Beregu Wanita Kejohanan Boules (Petanque) Beregu Terbuka Labuan 2026.

Kejohanan anjuran Kelab Sukan Boules Layangan (KSBL) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Labuan telah diadakan di gelanggang KSBL pada Ahad lalu.

Pasukan TMS 1 dari Sabah yang dinobatkan sebagai juara kategori Beregu Lelaki menerima hadiah wang tunai RM2,500.00.

Naib johan kategori Beregu Lelaki dimenangi oleh Kelab Sahabat 2 Sandakan untuk menerima hadiah wang tunai RM1, 500 dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Pasukan Sahabat 1 Sandakan dan LA3 dari Wilayah Persekutuan Labuan masing masing menerima hadiah wang tunai RM700. 00.

Dzulkarnaine bersma juara kategori Beregu Wanita,

Manakala Pasukan Sabah B yang bergelar juara kategori wanita menerima hadiah wang tunai RM2,000.00, naib johan yang dimenangi oleh pasukan TMS C juga dari Sabah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200.00 dan tempat ketiga bersama Sabah A dan pasukan Nice C dari Labuan masing masing menerima hadiah wang tunai RM500. 00.

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Felix Den Anthony Paru, manakala majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden KSBL, Dzulkarnaine Sabtu.

Sebanyak 86 pasukan yang melibatkan 51 pasukan lelaki dan 35 pasukan wanita dari Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Labuan menyertai kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN