30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Tarik Tali Labuan sertai Kejohanan Tarik Tali Kalat SeBorneo sempena Ulang Tahun Sultan Brunei Darussalam

Aswadee yang mewakili Persatuan Tarik Tali Labuan menerima hadiah Tempat ketiga daripada Sultan Brunei.

LABUAN:Pasukan Tarik Tali Labuan adalah antara empat pasukan dari Borneo yang menyertai kejohanan Tarik Tali Kalat Peringkat SeBorneo sempena Ulang Tahun Keputreaan KDYMM Peduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam yang ke 78 Tahun 2024.

Kejohanan yang berlangsung di Taman Sir Muda Omar’Ali Saifuddien Bandar Seri Bagawan itu turut disertai pasukan Tarik Tali Dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Kejohanan yang diadakan selamat tiga hari bermula 2-5 Ogos lalu menyaksikan pasukan Tarik Tali Labuan mendapat tempat ketiga untuk menerima hadiah Wang tunai BDN $2,000 dan medal.

Manakala pasukan dari Sabah dinobat juara untuk menerima sebuah Piala Kurnia Dulu Yang Teramat Julia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Wang tunai BDN$6,000 dan Piala iringan serta medal.

Naib Johan dimenangi oleh pasukan Tuan rumah (Brunei Darussalam) dan tempat keempat Sarawak.

Menurut Presiden  Tarik Tali Wilayah Persekutuan Labuan, Aswadee Haji Ahok, pada kejohanan itu Labuan menurunkan 16 pemain yang terdiri daripada kakitangan  yang bertugas di Perbadanan Labuan dan Syarikat Asean Supply Base Sdn. Bhd.

Terdahulu sebelum itu katanya, rombongan Tarik Tali Labuan telah diraikan dalam Satu Majlis Makan Malam Oleh Naib Pengurus Tarik Tali Brunei Darussalam, Dr, Liu Shiquan di kediaman beliau di Bandar Seri Bagawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN