27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PASUKAN SUNDAMAI FC, THE TITAN FC, APRISMA FC DAN MDK FC KE PUSINGAN SEPARUH AKHIR KPL 2022.

Jadual perlawanan pusingan Separuh Akhir KPL2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik.

KENINGAU:Pasukan Sundamai FC, The Titan FC, Aprisma FC dan MDK FC ke pusingan Separuh Akhir Keningau Premier League 2022 (KPL2022) Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik yang akan berentap pada hujung minggu depan.

Pasukan Sundamai FC bakal bertemu dengan The Titan FC yang akan diadakan pada 6 Ogos ini, bermula pada jam 3.15 petang di Kompleks Sukan Keningau.

Manakala Aprisma FC akan bertemu dengan MDK FC pada 7 Ogos ini pada jam 3.15 petang yang akan turut diadakan di Kompleks Sukan Keningau.

Terdahulu, pasukan MDK FC telah menang bergaya apabila menewaskan pasukan Sunflower FC dengan keputusan 4 – 1, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang lima perlawanan yang telah berlangsung sebelum ini.

Manakala Aprisma FC telah menang tipis dengan mengalahkan TR FC dengan keputusan 2 – 1. 

Sementara itu, pasukan Sundamai FC turut menang tipis melalui sepakan penalti 4 – 3 dengan mengalahkan Bunga Raya FC selepas mengikat keputusan 0 – 0 dalam aksi sebenar 120 minit.

The Titan FC turut menyingkirkan pasukan Pensiangan United FC melalui sepakan penalti 4 – 1 selepas mengikat keputusan 0 – 0 dalam perlawanan sebenar 120 minit.

Sementara itu, Kompleks Sukan Keningau bakal bergema dengan sorakan penyokong masing-masing bermula pada Sabtu depan hingga ke peringkat Akhir KPL2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik yang tidak lama lagi akan menentukan pasukan pemenangnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN