32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan SNLS LC, johan LTTTWD  2022

LABUAN: Pasukan  yang mewakili tuan rumah SNLS LC muncul johan pertandingan lumba basikal berpasukan kategori RB Open Labuan Team  Time Trail Wilayah Day (LTTTWD) 2022 selepas mencatatkan masa terpantas 52 minit 13.3 saat untuk menamatkan perlumbaan sejauh 36 kilomenter, pagi tadi.

Pasukan SNLS LC yang diwakili Mohd Yazwan Yahya, Sahrul Nizam Helmi, Abdul Yassin  Abdul Sapar dan Mohd Yussof Sudin menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan  dimenangi oleh pasukan Masterpiece Cycling Team A yang diwakili  Gan Tze Shen, Dzul Husni Narawi, Iskandar Damaimi dan Mohamad Sufri Bujang untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM800.

Mereka berjaya menamatkan perlumbaan dengan mencatakan masa 52 minit 25.1 saat.

Tempat ketiga kategori RB Open dimenangi oleh pasukan Talukan yang dibarisi Johnie Ngongoloy, Ridwan Suddi, Muhammad  Hafizuddin Hasim dan  Mohd Fetry Habo dengan mencatatkan masa 52 minit 42.3 saat menerima hadiah wang tunai RM500.

JOHAN MTB OPEN….pasukan 88 Bikers Club yang bersama hadiah yang dimenangi

Manakala bagi kategori RB Veteran Open, johan dimenangi oleh pasukan SAS Cycling A yang diwakili pelumba Adzi Mannan, Asmirul Ali Zul Hussain dan Razzawandey Razak  untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan disandang  disandang oleh pasukan VETS Chicken (Khairulanwar Rosli, Mohd Fairullizam Ag Abu Bakar,Ignatius Ranggang dan Roym @Hafizi Unggi menerima hadiah wang tunai RM800.

Tempat ketiga bagi kategori RB Veteran johan dimenangi  pasukan Masterpiece Cycling yang dibarisi Liew Yee Mee, Mohammad Zullfirka Kusani, Mohd Zulkifli Omar dan Hilton Robert Freddy.

Sementara itu bagi kategori RB Mixed, johan dimenangi oleh pasukan ECC (Patrick Hii Siang Hock, Chin Yun Yen, Silas Michael Martin dan Dr Dennis CW Lim) dengan meencatatkan masa  53 minit 21 saat.

Naib johan dimenani oleh Towing dari Tawau Sabah (Hartono M Juno, Muhammad Azran Ridwan, Mohd Shukur Mistarasa dan Nurain iHuda Abdullah dan tempat ketiga dimenani oleh peserta Amir Hassan Zainal, Natasya Soon, Arjali Ahmad dan Benedick Markus dari Blacko Racing Team.

Manakala bagi kategori MTB Open, johan dimenangi oleh pasukan 88 Bikers Club Team yang diwakili Mohd Faizkry Jumah, Chin Hou Zhun dan H Vande Lanjim menerima hadiah wang tunai RM1000.

Naib johan kategori MTB open dimenangi Federic Augustin, Mohammad Faiq Mat Jini, dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Superpren  yang diwakili  Mohd Ridzuan Shahlan, Jasni Mohd Kassim, Ibrahim Lamsin dan Afizul AgAmin.

JOHAN RB MIXED…pasukan ECC bersama hadiah yang dimenangi.

Dalam pada itu, Roodie Ahmad, Hanafi Riduan, Jalie Alizaman dan Ramlle Othman  dari pasukan Ketiau Riders menjuarai bagi kategori MTB Veteran dengan catatan masa 1 jam 3 minit 41.9 saat untuk menerima haadiah wang tunai RM1,000.

Naib Johan dimenangi oleh Philip Fong, Sakely Sinnuk, Mohd Mahyuddin Ismail dan Yamin Ali dari pasukan PR Event. Tempat ketiga dimenangi Kadamaian (Walter Munchi, Charlton Lajimin,  Junior  Frigillana dan Carlos Frigillana.

Kejohanan Labuan Team Time Trail Wilayah Day (LTTTWD) 2022 anjuran bersama Perbadanan Labuan dan Persatuan Basikal Labuan telah disertai 174 pasukan membabitkan seramai 969 peserta dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN