33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan SMK.Mat Salleh muncul juara Bola Sepak bawah 15 tahun

KAMI JUARA….Pasukan SMK.Mat Salleh merakam gambar selepas kejohanan.

RANAU: Pasukan dari SMK.Mat Salleh di sini muncul  ‘Juara’ keseluruhan selepas menewaskan pasukan dari SMK.Ulu Sugut dengan jaringan 3-1 pada perlawanan Bola Sepak bawah 15 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) baru-baru ini.

Tempat ketiga disandang pasukan SMK.Timbua yang menewaskan 2-0 dengan SMK.Lohan  bagi merebut tempat ketiga dan keempat mengetepi 3 pasukan lain yang mengambil bahagian (SMK.Ranau, SMK, Kundasang dan SMK. Mohd.Ali).

Tiga orang pemain menerima hadiah individu iaitu,  adik Azmi Amir dari SMK Mat Salleh diumumkan  penjaga gol terbaik, manakala adik Fredie Julian dari SMK.Timbua (Pemain Terbaik ) dan  Pemain  Tengah Terbaik disandang oleh Mohd.Nazmi Adi Nor dari SMK.Mat Salleh.

Timbala Pegawai Pendidikan daerah Ranau, Sektor Pembangunan Murid, pejabat Pendidikan daerah Ranau ketika ditemui memuji Jawatankuasa pengelola kejohan itu dengan lancar dan teratur.

Menurutnya, kejohanan itu  dijadikan landasan untuk memilih pemain di seriap 7 buah Sekolah Menengah di daerah Ranau yang berpotensi boleh diterapkan dalam pasukan mewakili MSSD Ranau ke Kejohanan yang sama peringkat Negeri di Kinabatangan pada  26-28 Julai 2022.

Kejohanan seumpanya juga, sebagai mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam sukan permainan Bola Sepak selain mengasah kecergasan Jasmani, rohani, intelek, sosial dan Mental para pelajar.

Hadir sama pada kejohanan itu ialah, Pengetua SMK.Timbua merangkap Pengerusi Pengelola kejohanan, Marcus Shafie.
 
               TAMAT

  1. KAMI JUARA….Pasukan SMK.Mat Salleh merakam gambar selepas kejohanan.
  2. Sandy (dua kiri)bersama para pegawai kejohanan selepas menyampaikan hadiah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN