27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan sepak takraw SMK Tulid terima sumbangan ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kepada Hanafia.

KENINGAU:Pasukan sepak takraw Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Tulid menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai pembelian Jersi Pasukan Sepak Takraw sekolah tersebut.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya  menyampaikan sendiri sumbangan kewangan itu kepada Guru Sepak Takraw sekolah itu Hanafia Haji Mokhsin.

Robert menyampaikan sumbangan kepada Chreselda

Hanafia merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

Sementara itu Robert menyeru kepada para pelajar agar dapat menceburi dan aktif dalam permainan sukan seperti Sepak Takraw dan mana-mana sukan yang diperkenalkan di sekolah.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kampung Singgahmata Bingkor.

Sumbangan itu diterima oleh AJK cik Pelaksana Chreselda Qunney Ayuk.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN