26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Pidato SMJK Ken Hwa terima sumbangan penghargaan daripada ADUN Bingkor

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan kepada pasukan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)Ken Hwa yang memenangi pertandingan Pidato Tiga Dimensi di Peringkat Kebangsaan 2021 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Pasukan  (SMJK) Ken Hwa Keningau yang diwakili Daphne Emerald Jestie, Beverlyn Binti Petrus dan Shivaani A/P Tamil  Selvan menduduki tempat Ketiga.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sumbangan itu adalah satu penghargaan kepada ketiga-tiga pelajar atas kejayaan mereka.

Selain itu katanya, ia juga satu galakan kepada mereka dan pelajar-pelajar yang lain agar untuk meningkatkan prestasi mereka.

Pada masa sama Robert mengucapkan Tahniah   dan berharap sekolah SMJK Ken Hwa teruskan lagi usaha serta semangat  untuk menggapai kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.

Gambar:Robert (tengah) bergambar bersama dua pelajar yang menerima dua sumbangan dan guru SMJK Ken Hwa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN