Lo (tiga dari kiri) bersama pasukan Blue Ocean 1 dari Hong Kong yang menjuarai Cabaran Memancing Laut dalam LISC 2026
LABUAN: Pasukan pemancing, Blue Ocean 1 dari Hong Kong menjuarai Cabaran Memancing Laut Dalam sempena penganjuran Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 yang melabuhkan tirainya pada Ahad.
Pasukan dari Hongkong itu berjaya merekodkan hasil tangkapan berat keseluruhan 66.12 kg untuk berkongsi hadiah wang tunai RM45, 000 serta hadiah sampingan alat memancing sumbangan DAIWA.
Naib johan dimenangi oleh pasukan Borneo Sea Master dari Sabah dengan hasil tangkapan seberat 61.2 kg. untuk menerima hadiah wang tunai RM15, 000 serta hadiah sampingan peralatan memancing DAIWA.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Victoria Marlin 3 dari Wilayah Persekutuan Labuan dengan hasil tangkapan seberat 58.94 kg membawa pulang hadiah wang tunai RM10, 000 dan tempat keempat dimenangi oleh pasukan P. O. V Angle dati Sabah dengan tangkapan seberat 50.72 kg untuk berkongsi hadiah wang tunai RM5, 000.
Sementara itu bagi kategori Individu pemancing dari Malaysia, Jamalusiat Abu Noh di nobat juara dengan tangkapan ikan Marlin Hitam seberat 76.6kg sekaligus menerima hadiah wang tunai RM3, 000 sumbangan Bayu Labuan.
Cabaran Memancing Laut Dalam telah disertai seramai 224 pemancing dari dalam danuar negara melibatkan China, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.
Sementara itu, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.



