Pemain Pasukan Pejabat Daerah (berjesy gelap) merakam gambar dan Pasukan Parlimen Ranau bersama Jonathan (mencangkung berdepan dua biji bola) dan sebahagian ahli rombongan.
RANAU: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara pasukan Parlimen Ranau bertemu pasukan Pejabat Daerah di padang Kg.Sinarut petang tadi menyaksikan kelincahan para pemain pejabat daerah untuk menewaskan pasukan Parlimen 4-2 .
Kedua-dua pasukan yang menampilkan para pemain pilihan serta berpotensi masing-masing berazam untuk menjringkan gol seberapa banyak yang boleh untuk menentukan kemenangan.
Pasukan Parlimen diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, manakala pasukan Pejabat Daerah Ranau diketuai Ketua Polis Daerah DSP.Simiun Bin Lomudin telah menurunkan pemain yang di barisi pegawai dan kakitangan pejabat kerajaan negeri dan persekutuan.
“Perlawanan ini, adalah antara aktiviti sukan dan riadah untuk menjadi landasan memupuk persahabatan dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan kakitangan Parlimen Ranau dengan penjawat awam.

TERIMA KASIH…Jonathan menerima cenderamata disampaikan Florencia diperhatikan DSP.Simiun.
Lima gol Pejabat Daerah dihasilkan menerusi rembatan kencang mantan pemain Safa daerah, Waldin Dullah (tiga jaringan) dan menerusi Bulcer Duisan(1 gol) manakala satu gol lagi dikira ‘Gol Sendiri’ apabila pemain Parlimen, Prolin Broung tersepak bola memasuki gawang pasukan Pejabat Daerah.
Dua gol Parlimen dihasil menerusi pemain lincah pasukan itu, Evan Benedict berjaya menembusi gawang Pejabat Daerah yang dikawal rapi mantan Penjaga Gol Safa Negeri, Austin Orou.
“Kalah atau menang itu, lain kira yang penting keluar peluh untuk kesihatan badan kita”, jelas DSP.Simiun.
Sebelum ini Pejabat Daerah Ranau telah menewaskan pasukan Kota Belud 4-1 dalam perlawanan Silaturrahim di padang MDR manakala pasukan Parlimen Ranau pula menewaskan pasukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau 3-1 pada perlawanan persahabatan di Padang Kg.Sinarut Baru.
Antara yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian bersama beberapa kakitangan Pejabat Daerah dan Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.