32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Olahraga Pendidikan Khas SK Pasir Puteh terima sumbangan ADUN Bingkor

Haji Yazid mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Carolina.

KENINGAU:Pasukan Olahraga Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK)Pasir Puteh menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut adalah membiayai perbelanjaan pasukan sekolah yang akan menyertai Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung  di Kompleks sukan Penampang.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor merangkap Ketua Biro Pendidikan Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles kepada 

Cik Carolina Jiksing mewakili Guru Besar Rahisin Narion di Pejabat ADUN N.40 Bingkor.

Cik Carolina mewakili Guru Besarnya mengucapkan  berbanyak banyak terima kasih kepada Robert atas keikhlasan menghulurkan sumbangan tersebut.

Sumbangan tersebut amat bermakna sekali kepada pasukan sekolah ini yang menyertai kejohanan tersebut, jelas Carolina.

Turut menerima sumbangan daripada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya adalah pasukan Bola Tampar perempuan Sekolah Kebangsaan Binanon Keningau. 

Sumbangan tersebut juga disampaikan oleh Haji Yazid kepada Penolong Kanan Ko Kurikulum Puan  Irene Gambulu  mewakili Guru Besar Sekolah Joel Timbun.  

Selain itu Onesifirus Ronanus dari Kampung Toboh Baru Keningau yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen di Pahang juga menerima sumbangan kewangan daripada Robert yang turut disampaikan oleh Haji Yazid kepada  Ronanus Ehalui, bapa Onesifirus.

Ronanus melahirkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos anak saya  menghadiri konvensyen tersebut” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN