30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Nabawan FA muncul juara piala SAFA 2024 Zon Pedalaman Atas

Pasukan Nabawan FA yang muncul juara piala SAFA 2024 Zon Pedalaman Atas.

KENINGAU: Pasukan Nabawan FA muncul juara piala SAFA 2024 Zon Pedalaman Atas selepas menewaskan pasukan Keningau FA 2 – 0 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan di sini pada Sabtu.

Gol pembuka tirai dan pembakar semangat Nabawan FA diperolehi pada minit ke lima separuh masa pertama perlawanan hasil jaringan pemain penyerang Eddy Zuan Akim.

Tersentak dengan jaringan itu Keningan FA melakukan serangan balas namun barisan pemain pertahanan Nabawan FA sukar ditembusi.

Demikian juga dengan Nabawan FA yang terus melakukan serangan memburu gol seterusnya namun kedudukan kekal 1 – 0 sehingga separuh masa pertama tamat.

Bersambung permainan separuh masa kedua perlawanan, kedua-dua pasukan masing mengatur serangan demi serangan dan pada minit ke 62 sekali lagi Nabawan FA merobek gawang Keningau melalui pemain penyerang Nabawan FA Anjelo Christino Ansaman.

Kedudukan kekal 2 – 0 sehingga pengadil perlawanan meniup wisel penamat separuh masa kedua.

Walau bagaimanapun pasukan Keningau FA yang dikemudikan oleh Roddy Patrick sebagai Pengurus Pasukan dan Sueli Apin sebagai Ketua Jurulatih menduduki tempat kedua bersama-sama dengan Nabawan FA yang merangkul gelaran juara mewakili Zon Pedalaman Atas di Peringkat Negeri nanti.

Pada perlawanan itu Nabawan FA menurunkan pemain kesebelasan utama terdiri daripada Jhonsen Pini Andawat (penjaga gol), Junico Bin Nussan, Sylvester Rombinghon, Realson Amparing, Suhaimin Yumpah, Muhammad Razif bin Alexius, Fazli Yasnie, Eddy Zuan Akim, Vetalis Bin Michael, Anjelo Christino Ansaman dan Rozacklye Yanam.

Manakala pemain simpanan terdiri daripada, Joewiley Muhamad, Jeffenly Zakius, Erdon bin Emmanuel, Mixchwell Sulaiman, Jasleynathan Jui, Fazli Pius, Dye Olyever Carlos Salim, Divy Alwencture Damin, Haffizal Joanes dan Thierry bin Rezain, Ryan Dyrrel Lucas.

Pengurus pasukan Nabawan FA Mumin Amsah berkata, kemenangan meletakkan pasukan bimbingan Ketua Jurulatih Alfian Robert Kumalu sebagai pasukan yang disegani seperti pada tahun 2008 di mana Nabawan FA muncul sebagai juara.

Zon Pedalaman Atas melibatkan empat pasukan iaitu Keningau FA, Tenom FA, Tambunan FA dan Nabawan FA.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN