25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Libru Legend muncul juara Bola Sepak 7 Sebelah peringkat DUN Karanaan

KAMI JUARA…Pasukan Libru Lengend merakam gambar bersama hadiah mereka.

RANAU: Ketanggasan  permainan  serta persafahaman mantap membawa tuah kepada pasukan Libru Legend untuk muncul juara selepas menewaskan Watang FC (Naib Johan) dengan jaringan 2-0 pada perlawanan  akhir Bola Sepak 7 Sebelah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Karanaan di padang Kg.Tungou di sini baru-baru ini.

Tempat ketiga disandang pasukan Kibara  B setelah menumpaskan Libra Fc dengan jaringan 4-0 pada perlawanan  akhir merebut tempat ketiga dan keempat pada kejohanan  anjuran Belia Kg.Tungou.

Dengan kemenangan tersebut, Libru Legend menerima hadiah wang tunai RM1,000 (Ringgit Malaysia satu ribu) berserta piala dan medal, manakala naib johan menerima wang tunai RM700 bersama piala dan medal.

Tempat Ketiga menerima RM500 dan medal,  manakala tempat keempat masing-masing menerima  medal.

Para pemain individu  turut menerima hadiah berupa wang tunai RM100 setiap orang, yang diberikan kepada Penjaring Terbanyak, Mohd. Azran Waldin (Libara B) berkongsi mata jumlah jaringan dengan Haikal Izaami (Kibara), Penjaga Gol Terbaik, Iqbal Bin Haimin (Libru Legend) dan Pemain Terbaik, Mohd.Mazawan Mosidi(Watang FC).

Kejohanan itu melibatkan 18 pasukan mengambil bahagian, telah dirasmikan Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (PPM) N.37 Karanaan, Rosdi Abd.Ghani manakala penyampaian hadiah kepada  para pemenang telah disempurnakan Ketua Cawangan GRS Kg.Tungou, Jasrin Bin Simin, manakala hadir bersama puluhan penduduk  setempat ialah, Pengengerusi  Penganjur Kejohanan, yang juga Pengerusi Pemuda GRS cawangan Kg.Tungou, Hazirin Agustine.

                

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN