ADVERTISEMENTspot_img

PASUKAN KOLEJ VOKASIONAL ZON SABAH / W.P.LABUAN JUARA BOLASEPAK SUKAN TVET

JUARA…Pasukan KV Sabah merakamkan gambar sebelum perlawanan.

PAPAR: Pasukan Bolasepak Kolej Vokasional Zon Sabah & W.P. Labuan (KV Sabah) dinobatkan selaku juara dalam Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah 2026 kelmarin.

Pertandingan yang diadakan Padang Bolasepak ILTP Papar itu menyaksikan mereka menewaskan pasukan ADTEC Sandakan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Jerryme Jaime minit-minit akhir perlawanan.

Manakala pasukan ADTEC KK hanya berpuas hati menduduki tempat ketiga diikuti oleh pasukan ILTP di tempat ke empat dan IKBN tempat kelima.

CEMERLANG…. Arnold Alve (kanan) merakamkan gambar bersama Mohd Denis (kiri) dan Muhammad Faiz Asrizam

Menurut Pengurus Pasukan KV Sabah Arnold Alve Aeddye Anjum ketika ditemui selepas perlawanan berkata, beliau amat berpuas hati akan persembahan anak didiknya dan menunjukkan disiplin, komitmen dan semangat berpasukan.

“Tahniah dan syabas kepada semua pemain atas semangat juang yang luar biasa,” ujarnya.

Selain itu, katanya pasukan KV Sabah ini juga turut diperkuatkan dengan kehadiran panjaga gol berpengalaman adik Muhammad Faiz Asrizam yang pernah menyarung jersi bawah 18 tahun Sabah tahun lepas yang sentiasa bermain cemerlang sepanjang perlawanan.

PENAJA .. Ag.Ismail bersama Muhammad Faiz.

Disamping itu beliau juga mengucapkan terima kasih hasil kerjasama jurulatih pasukan tersebut Mohd Denis Raslan yang sentiasa memberikan komitmen sepanjang masa untuk melatih para pemain dan sentiasa gigih menjalankan tugas setiap hari di padang.

Beliau turut mengcapkan terima kasih juga kepada Ag.Ismail Hj.Abu Bakar selaku penaja , Ketua Pengarah Kolej Vokasional Zon Sabah dan W.P. Labuan Fakurazi Hamzah, Pengarah Vokasional Likas Yahya Ismail dan para penyokong yang setia memberi sokongan serta para pegawai pasukan .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN