27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Kebudayaan Murut Nabai Liun Sandig muncul Juara Pertandingan Paluan Gong .

Pasukan Kebudayaan Murut Nabai Liun Sandig dari Kampung Masak.

KENINGAU: Pasukan Kebudayaan Murut Nabai Liun Sandig dari Kampung Masak muncul sebagai Juara Pertandingan Paluan Gong Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2023.

Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Persatuan Gana Sabah (PGS) sementara tempat ketiga pula disandang oleh padukan Keluarga Sapurata Kadalakan.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh empat pasukan kebudayaan di daerah ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan itu disempurnakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.41 Liawan Encik Fred Philip Toyong.

Pengerusi Jawatankuasa penganjur pertandingan itu Encik Robert Paulus melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasanya yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang begitu baik sehingga pelaksanaan pertandingan itu dapat dijalankan dengan jayanya.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbangkan berupa kewangan dan material untuk membantu menjayakan Pertandingan tersebut.

“Kejayaan pelaksanaan pertandingan itu juga dengan sokongan padu yang diberikan oleh Pengerusi Penyelaras Kadazandusun Cultural Assocation ( KDCA) Daerah Keningau Encik Rafie Robert” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN