25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Kebangsaan Malaysia kembali menjadi perhatian di peringkat antarabangsa

Robert menyepak bola sebagai simbolik penutupan rasmi kejohanan itu.

KENINGAUļ¼šPasukan Kebangsaan Malaysia kembali menjadi perhatian di peringkat antarabangsa setelah berjaya meloloskan diri ke piala Asia AFC 2023 dan beberapa siri kejayaan lain.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, selain itu perkembangan kelab-kelab bola sepak di negara ini juga kian menjadi sebutan.

Robert yang juga ADUN Bingkor  berkata, negeri Sabah tidak kurang hebatnya kerana pasukan bola sepak negeri antara pasukan yang berada di tangga teratas dalam kancah persaingan Liga Super.

ā€œDaerah Keningau juga tidak kurang unggulnya kerana jika diimbas kembali, sering kali kedengaran pasukan bola sepak daerah Keningau antara pasukan yang turut menjadi sebutan dan digeruni pada kejohanan peringkat MSS Negeri Sabahā€

ā€œBeberapa siri kejayaan yang pernah dikecapi sebelum ini tidak kira dalam kategori 12 tahun, 15 tahun mahupun 18 tahun ke bawah diharap dapat diteruskan pada masa akan datangā€ katanya semasa berucap pada majlis penutupan kejohanan bola sepak 12 tahun ke bawah MSSD Keningau di padang SK Bingkor pada Khamis.

Pada masa sama Robert mengucapkan penghargaan kepada tenaga pengajar Akademi Tunas ļ¼ˆATļ¼‰Keningau di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara ļ¼ˆNFDPļ¼‰kerana telah melahirkan pemain bola sepak berkualaiti dengan pelbagai bentuk program latihan terancang pada peringkat akar umbi khususnya di daerah Keningau.

Beliau juga menyeru kepada tenaga muda negara yang mempunyai bakat dalam sukan khususnta bola sepak supaya berusaha lebih gigih dan letakkan diri pada kelompok pelapis pemain diri pada kelompok pelapis pemain negara yang berwibawa.

ā€œSemoga pada masa akan datang daerah Keningau mempunyai pemain bola sepak yang akan menyarung jersi pasukan kebangsaan dan menjadi rebutan kepab ternama di peringkat antarabangsaā€ katanya.

Hadir sama Guru Besar SK Bingkor merangkap pengerusi pengolala kejohanan bola sepak 12 tahun ke bawah MSSD Keningau Puan Madalina Juanis, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Bingkor Puan Juinah Unggi, guru-guru pengiring dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN