Pasukan Mantap United merakam gambar sebelum pertemuan dengan pasukan Lohan Ft.
RANAU: Pasukan Mantap United menang 3-2 menentangĀ Colubaan, Ranau Frens pula berkesudahan 0-0 dengan Lipasu JR Fc dan Gayadan Fc tewas 0-1 dengan Spanul Ft manakala pasukan MantapĀ United menang 2-1 ke atas Lohan Ft pada perlawanan pusingan pertemuan pertama Kejohanan Liga Bola Sepak daerah, di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) melibatkan 16 pasukan diadakan setiap hujung minggu dan hari Kelepasan Am yangĀ dijangka berakhir Disember 2022.
Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan itu Azuan Bin Jamaluddin berkata, selepas memilih 8 pasukan terbaik daripada 16 pasukan mengambil bahagian pada Kejohanan Liga, maka Kejohanan Ranau Champion League pula akan bermula di padang yang sama seawal tahun 2023.
“Kita mengharapkan kejohan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan”, jelas Azuan yang juga pemain pasukan Mantap United.