31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PASUKAN GONG SK. SAGIBAN MENJUARAI PALUAN GONG PERINGKAT DAERAH

Pasukan SK. Sagiban Juara ‘mangagung’ bergambar bersama DSP Simiun (8 dari kanan)

RANAU: Pasukan Paluan Gong dari Sekolah Kebangsaan Sagiban muncul juara pertandingan gong kategori sekolah rendah peringkat daerah yang berlangsung di perkarangan bangunan persekutuan di sini, hari ini. Pasukan tersebut menerima wang tunai dan sebuah hamper yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan dan Sekolah Kebangsaan Narawang.

Kategori sekolah menengah pula, johan dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bundu Tuhan manakala tempat kedua ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang. Hanya dua pasukan sahaja yang menyertai kategori ini.

Bagi kategori terbuka yang melibatkan PIBG, johan dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Kebangsaan Kauluan. Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Sagiban dan Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan.

Dalam satu lagi pertandingan, pasukan dari Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan muncual johan dalam pertandingan hiis. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Kebangsaan Sagiban dan Sekolah Kebangsaan Toboh. Bagi kategori sekolah menengah pula, hanya satu penyertaan sahaja iaitu pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bundu Tuhan yang kemudiannya dinobatkan sebagai johan.

Barisan pengadil pertandingan ‘mangagung’

Terdahulu, Pegawai Daerah, Jumain Jikah @ Abdul Ghani antara lain dalam ucapan perasmian majlis tersebut merakamkan penghargaan dan syabas kepada Pegawai Pendidikan Daerah selaku Pengerusi Penganjur, Majus Munsing kerana berjaya menganjurkan pertandingan paluan gong dan hiis peringkat daerah kategori sekolah.

Katanya pertandingan-pertandingan seperti ini semasa perayaan kaamatan adalah salah satu cara terbaik untuk mengangkat martabat bahasa ibunda dan juga pakaian tradisi etnik di daerah ini.

“Ini adalah salah satu cara untuk kita memartabatkan bahasa ibunda dan pakaian tradisi etnik suku kaum Dusun dalam daerah ini iaitu melalui pertandingan hiis dan pertandingan paluan gong di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Syabas kepada semua peserta. Kita menjemput pemenang pada hari ini untuk membuat persembahan semasa sambutan kaamatan peringkat daerah nanti,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN