Zubaidah (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
RANAU: Pasukan Bola Baling kategori perempuan Bawah 18 tahun, SMK.Lohan muncul juara pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat Daerah Ranau, di Xtrem Futsal Marakau di sini baru-baru ini.
SMK Lohan menewaskan SMK Timbua (Naib Johan) meletakkan SMK Matupang Jaya di tempat Ketiga.
Johan bagi kategori lelaki bawah 18 juga disandang pasukan SMK Lohan menewaskan pasukan SMK(A) Mohammad Ali menduduki tempat Naib Johan dan tempat Ketiga diberikan kepada SMK.Mat Salleh.
Sementara itu, adik Renyelda Jane Freed olline dari SMK Ranau dinobatkan sebagai Penjaga Gol Tebaik manakala Norqistina Norbert juga dari SMK Ranau dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbanyak.
Bagi kategori lelaki Penjaring gol terbanyak disandang oleh adik Abdul Mannan dari SMK Lohan dan Penjaring Gol Terbaik diberikan kepada adik Mohammad Fitri juga dari SMK.Lohan.
Pengetua SMK.Matupang Jaya merangkap Pengerusi penganjur, Zubaidah Binti Ahmat ketika ditemui, merakam syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta kerjasama daripada semua guru khususnya Jawatankuasa kejohanan kerana berjaya melaksanakan kejohanan dengan lancar serta teratur.
Menurut Zubaidah, kejohanan itu merupakan pemilihan pemain yang berpotensi boleh diserapkan dalam pasukan MSS daerah Ranau ke peringkat MSSM Negeri Sabah tidak lama lagi.
“Kejohanan seumpama ini juga mampu mengasah dan mencungkil bakat para pelajar dalam permainan Bola Baling, selain membentuk keperibadian dan sahsiah murid yang murni dan bernilai tinggi.
“Ia juga meningkatkan hubungan silaturrahim dikalangan murid dan guru dari berbagai sekolah sekaligus membentuk semangat berpasukan dikalangan pemain”, tambah Zubaidah.